Perkukuh undang-undang dalam negeri

0

Dalam usaha Malaysia dan anggota ASEAN realisasikan penubuhan Komuniti ASEAN

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memastikan undang-undang dalam negerinya dilaksanakan, diperkukuhkan dan relevan untuk menangani sertamelindungi negara dan kepentingannya ketika ia dan negara anggota ASEAN berusahamerealisasikan penubuhan Komuniti ASEAN.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Malaysia mestilah bersedia untuk menerima pelbagai cabaran dalam merealisasikan integrasi KomunitiASEAN, yang diusahakan oleh 10 negara anggota perkumpulan itu.

“Seperti yang kita sedia maklum, dengan adanya peluang-peluang tambahan, pasti ada peningkatan risiko.

“Oleh itu, pemain utamanya adalah peguam dan pengamal undang-undang serta pakar perundangan dan ahli akademik yang akan menjadi penasihat, ahli strategi dan pentadbir,” katanya di sini ketika mengulas mengenai cabaran undang-undang bagi Malaysia berikutan penubuhan Komuniti ASEAN.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri daripada Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Komuniti ASEAN, yang penubuhannya ditetapkan pada penghujung 2015,  antara lain akan mewujudkan integrasi serantau mendalam dan meluas untukmembolehkan ASEAN menjadi lebih berdaya saing di peringkat global.

Malaysia, yang kini menyandang jawatan pengerusi ASEAN, menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 pada 26-27 April ini di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Mengulas lanjut, Nancy berkata walaupun Piagam ASEAN akan berfungsi sebagai asas yang kukuh dalam merealisasikan Komuniti ASEAN dengan menyediakan status undang-undang dan rangka kerja institusi, masih banyak cabaran yang mestiditangani perkumpulan serantau itu. — Bernama