Rando MS juara regu petanque Pesta Kaul

0

MUKAH: Pasukan Rando MS dianggotai Mazeri Rosdi dan Sidek Bolhasan menjuarai Pertandingan Petanque Tertutup Mukah bagi kategori beregu sempena Pesta Kaul Mukah 2015 di Gelanggang Petanque Jalan Bestari di sini.

Pertandingan itu anjuran Jawatankuasa Kaul Mukah 2015 dengan kerjasama Kelab Petanque Jalan Bestari disertai lapan pasukan dan bertujuan memeriahkan Pesta Kaul.

Rando MS membawa pulang wang tunai RM600 serta piala, Cahaya Qasih Team dianggotai Razir Narawi dan Mohd Nuraiman Razir menerima wang tunai RM400 serta piala selaku naib juara.

Pemenang tempat ketiga Cahaya Qasih Team 2 dianggotai Nur Atiqah Abdullah dan Adeni Narawi menerima wang tunai RM300 serta piala.

Manakala pasukan Sri Mayang menduduki tempat keempat sekali gus meraih RM200 dan piala.

Pemenang tempat kelima hingga kelapan menerima RM50 setiap pasukan.

Hadiah disampaikan Wali Kota Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Yakub Arbi.

Turut hadir Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Sarawak, Royston Valentine.