Kursus pengadil kelas 3 di Kapit

0

KUCHING: Pe rsatuan Bola Sepak Bahagian Kapit (PBSBK) menganjurkan kursus pengadil bola sepak kelas 3 peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sellirik, Kapit pada 15 hingga 17 Mei ini.

Kepada yang berminat untuk turut serta boleh menghubungi Setiausaha Pengadil Bahagian Kapit, Ridhuan Abdullah di talian 013-8327280 atau Pegawai Pembangunan Pengadil Sarawak, Marsid Dahlan di talian 012-8557181 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kursus itu adalah untuk meningkatkan pengalaman dan kemahiran pengadilpengadil bola sepak tempatan khususnya di Kapit bagi mengadili kejohanan-kejohanan lebih berprestij.