Universal Music Dayak Gala Dinner 2015 tampil artis terkemuka Dayak

0

BINTULU: JSL Management dengan kerjasama AHMN Events akan menganjurkan Universal Music Dayak Gala Dinner 2015 pada 27 Jun di Dinner World Restaurant Bintulu Sentral di sini.

Acara bermula jam 7 malam, para hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian artis-artis terkemuka Dayak khususnya Iban seperti Ricky Anderson, Urai, Ricky El, Lisa Jean, Carrie Geres dan diiringi pemain muzik undangan khas, Seventh Tribe Band.

Kumpulan rock Iban, Masterpiece turut akan mengadakan persembahan pada malam berkenaan.

Acara yang mendapat sokongan UnitedByMusic julung kalinya diadakan di sini, dijangka menarik minat penggemar industri muzik Dayak menghadirinya selain membolehkan mereka beramah mesra dengan artis kesayangan.

Majlis itu bagi mempromosikan industri muzik Dayak di kalangan masyarakat dan membolehkan peminat menemui secara dekat penyanyi pujaan mereka.

Program ini secara tidak langsung membantu mempromosi serta memartabatkan industri muzik Dayak di negeri ini mengikut perkembangan semasa industri muzik serta yang berkaitan.

Buat masa sekarang, penganjur sudah membuka tiket untuk ditempah iaitu kategori standard RM60 seorang dan VIP dengan harga RM80 seorang.

Untuk pertanyaan atau tempahan tiket sila hubungi Mary di talian 016-8582618.