Tabuan Tengah rangkul Piala Dr Hazland

0

KUCHING: Piala Dr Hazland Abang Hipni menjadi miliki pasukan Tabuan Tengah selepas membenam Mesra Bako dengan 3-1 di Padang Jubilee di sini petang Ahad lalu.

Pada aksi final, Tabuan Tengah membuka tirai jaringan menerusi Amirzul An pada minit ke-15.

Jaringan sendiri pemain Mesra Bako pada mini t ke-17 membolehkan Tabuan Tengah menjarakkan kedudukan.

Azlan Labeni meneruskan hari cemerlang Tabuan Tengah apabila turut mengukir nama selaku penjaring pada minit ke-21.

Mesra Bako berusaha merapatkan kedudukan memperoleh jaringan pertama pada minit ke-73 menerusi Faizal Hisyam Kasim.

Sementara itu, tempat ketiga disandang Kampung Goebilt manakala Kampung Tabuan Dani di tempat keempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, pertandingan itu merupakan pentas terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak.

“Pada masa sama, pemain terbaik menerusi pertandingan ini dipilih mewakili Demak Laut FC (DLFC) pada saingan liga tempatan.

“Tidak mustahil juga pemain- pemain dapat mewakili Sarawak,” katanya.

Menurutnya, perkara pent ing juga mene rusi pertandingan tersebut adalah sebagai platform mengeratkan perhubungan antara penduduk kampung.