Ahli SPDP calonkan Tiong bertanding di DUN Bekenu

0

MIRI: Ahli Jawa-tankuasa Parti Demo-kratik Progresif Sara-wak (SPDP) Bekenu sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Tiong King Sing ber-tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi SPDP Be-kenu Kaunselor Sebastian Janting berkata SPDP Bahagian akan mencalonkan Tiong memandangkan beliau adalah calon paling layak dan diyakini boleh menang.

“Beliau adalah calon boleh menang dan bertepatan sekali mewakili Barisan Nasional (BN) agar kerusi tersebut kekal dimiliki oleh BN,” katanya pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa SPDP Bekenu di sini.

Janting turut meng-ucapkan tahniah atas pelantikan ahli parti iaitu Alexander Asing sebagai setiausaha politik Ketua Men-teri.

Sementara itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan aktiviti tahunan SPDP Bekenu seperti makan malam bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Sepupok pada 16 Mei, pertandingan futsal untuk belia dan sukan rakyat.