Adenan serah cek RM2j bina masjid baharu

0

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyampaikan penyerahan cek bernilai RM2 juta kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baharu Zaidel Arip di sebuah hotel terkemuka di Sibu, Jumaat lalu.

Masjid tersebut akan dibina di tapak baharu yang terletak di Masjid Darul Halim Kampung Bahagia Jaya, Sibu.

Masjid sedia ada sudah tidak mencukupi untuk menampung peningkatan jumlah jemaah yang semakin ramai yang berpindah ke kawasan tersebut dan dijangka masjid baharu itu apabila siap kelak akan menampung seramai 1,500 jemaah di kampung tersebut dan penduduk di sekitarnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee dan ahli jawatankuasa pembinaan masjid baharu.