AFA Bawah 12 Tahun Lelaki Malaysia Tour 2015 bermula

0

MUKAH: Australia Futsal Association (AFA) Bawah 12 Tahun Lelaki Malaysia Tour 2015 akan memulakan siri jelajah pada 4 hingga 17 Jun depan di beberapa bahagian negeri ini.

Pada 4 Jun nanti, AFA akan tiba di Miri sebelum menuju ke destinasi seterusnya iaitu Mukah (7 Jun), Sibu (10 Jun) dan Kuching (14 Jun).

Program siri jelajah tersebut merupakan kerjasama Vikings Futsal Sarawak dan Wilayah Borneo, Akademi Futsal Real Tugau dan Nafas Nebulae Futsal.

Me n u r u t J u r u l a t i h Akademi Futsal Real Tugau, Henry Anyie program tersebut untuk mengeratkan silaturahim AFA dan ahli-ahli gabungannya.

Katanya, ia sebagai langkah memberi ruang dan peluang kepada pemainpemain tempatan bermain dengan pemain-pemain AFA serta menimba ilmu dan pengetahuan tentang futsal.

“Melalui program ini dapat memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak dalam pembentukan pasukan futsal muda.

“Dengan bertukar idea dan menpelajari benda baharu sama ada dalam permainan, kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan futsal, sedikit sebanyak memberi pengetahuan bernilai,” katanya.