Penganggur miliki dadah diberkas

0

MIRI: Seorang penganggur berjaya diberkas polis kerana disyaki memiliki dadah berbahaya jenis Ketamine.

Berikutan tangkapan itu, suspek berusia 35 tahun kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, sekitar jam 8.10 pagi kelmarin di tepi Jalan Pujut 2A, sepasukan anggota dari BSJND Miri telah melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki dan seorang wanita.

Ketika diperiksa, suspek lelaki telah menyerahkan barang disyaki dadah berbahaya jenis Ketamine dengan anggaran berat 0.63 gram.

Barang itu telah dirampas untuk dijadikan barang kes dan kedua-dua suspek dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Hasil ujian mendapati air kencing kedua-dua suspek menunjukkan kesan negatif dadah.

Sehubungan itu, hanya suspek lelaki ditahan lanjut untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan memiliki dadah.