Jurutera perunding mempunyai potensi cerah untuk terus berkembang

0

KUCHING: Jurutera perunding di negeri ini mempunyai potensi yang cerah untuk terus berkembang terutama dalam industri pembinaan infrastruktur dan perhubungan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, sebagai sebuah negeri yang sedang membangun banyak potensi terbuka luas untuk para penggiat industri.

Sebagai contoh katanya, bermula dari negeri ini mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini, kita  telah berjaya membina lebih 30,000 kilometer (km) jalan raya dan banyak lagi yang perlu dibina.

gMenurut kajian yang dibuat oleh kementerian saya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), kita perlu membina 5,000 km jalan raya lagi bagi membolehkan semua kampung di negeri ini dihubungi dengan jalan akses.

gUntuk membina 5,000 km jalan raya ini ia dianggarkan menelan kos antara RM15 bilion hingga RM20 bilion iaitu RM3 juta hingga RM4 juta bagi setiap satu km bagi jalan raya di bawah standard R1.

gIni sudah pasti membuka peluang yang cerah di kalangan jurutera-jurutera perunding di negeri ini kerana kepakaran mereka amat dituntut dalam usaha kita membangunkan infrastruktur dan perhubungan terbaik kepada rakyat negeri ini,h katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dwitahunan Ke-11 Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini, Sabtu lepas.

Tambah Manyin, potensi untuk para jurutera perunding tidak hanya tertumpu kepada sektor pembinaan jalan raya.

Malah katanya, untuk menyiapkan jalan raya pesisir pantai dari Miri hingga Kuching, sekurang-kurangnya 13 jambatan dengan jarak setiap satu antara tiga hingga empat kilometer dan kos RM3 juta hingga RM4 juta setiap satu perlu dibina.

gBaru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) memberitahu 3,000 km jalan raya berturap akan dibina di Sabah dam Sarawak.

gJadi, mampukah anda membantu kementerian saya dan JKR mencapai matlamat ini dengan pelbagai cabaran yang boleh melemahkan kita,h katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Manyin berkata tema eFacing Challenges of Liberalisationf amat bertepatan dengan situasi masa kini.

Jika liberalisasi datang katanya, apa yang akan anda sebagai jurutera perunding akan lakukan dan bersediakah anda menghadapinya?

gJika liberalisasi dilaksanakan, anda perlu bersikap lebih terbuka dan menjadi lebih kreatif, produktif kerana anda sudah tidak lagi dalam zon yang selesa,h ujarnya.

Turut hadir, Presiden ACEM Malaysia Wong See Foong, Pengerusi ACEM Cawangan Sarawak Alphonsus Dorhat Rahani, Pengerusi Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (DUBS) Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg serta pengerusi penganjur William Tan.