Lelaki maut selepas motosikal berlanggar 4WD

0

SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Batu 6, Jalan Oya, malam kelmarin.

Mohd Karim, 48 dari Matu mengalami kecederaan serius di bahagian perut dan cedera di bahagian kaki kiri dalam kejadian berlaku sekitar jam 10 malam.

Mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kemalangan lain, sebuah kereta Kancil mengalami kerosakan teruk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, pagi semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terbabit difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian selepas hujan lebat sekitar jam 7 pagi di Jalan Tiong Hua.

Punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan.