Pemandu Indonesia, Brunei kuasai Padawan International 4×4 Extreme Challenge 2015

0

KUCHING: Padawan International 4×4 Off-Roaders Extreme Challenge 2015 menyaksikan kejuaraan menjadi milik dua pasukan luar negara.

Kategori B (modifikasi) diungguli Asia Perkasa Indonesia Offroad Federation menerusi pelumbanya, Cicing dan pembantu pemandu, Hendrian Lim.

Cicing menggumpul 1,035 mata selaku juara manakala tempat kedua disandang Chan Shan Fa (992 mata) dan Lee Bui Fah (885 mata) di tempat kedua.

Ditemui selepas perlumbaan Cicing berkata, kemenangan itu memang tidak disangka kerana pelumba lain memberi cabaran sengit.

“Ini kali kedua saya berlumba di sini, kali pertama pada 2013 ketika memenangi karegori C,” katanya.

Menurutnya, berlumba di Trek Skim Penempatan Semula Bengoh amat menarik dan merupakan trek terbaik.

“Banyak cabaran dan saya rasa ini antara yang paling mencabar yang pernah saya berlumba,” ujarnya.

Kategori C pula menyaksikan Au Fook Hwa dan pembantu pemandu, Vance Lee Khin dari Brunei muncul juara selepas mengumpul 665 mata.

Tempat kedua diraih Law Ngi Tong dengan 653 mata manakala Chien Jay Yew ketiga (628 mata).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi yang mewakili Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Seramai 60 peserta dari Indonesia, Brunei, Thailand dan Malaysia menyertai cabaran kali ini.