Penjawat awam harus memberi perkhidmatan terbaik: Simoi

0

SRI AMAN: Penjawat awam adalah mata, telinga dan suara rakyat dan paling utama mereka mesti memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, penjawat awam perlu meningkatkan keupayaan dengan ilmu dan amalan agar membawa kebaikan dan kesejahteraan diri dan masyarakat.

gIni bertepatan dengan saranan Rasulullah SAW bahawa sebaik-baik manusia ialah orang bermanfaat kepada orang lain,h katanya pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Majlis Makan Malam Jabatan Penjara Malaysia Zon Sarawak di sini malam kelmarin.

Menurutnya, kecanggihan teknologi maklumat serta idea inovatif sekalipun tidak memberi makna sekiranya hasil kreativiti dicipta tidak dipadukan kepada hasrat dan iltizam memastikan penyampaian perkhidmatan cekap dan cemerlang kepada rakyat.

Turut hadir Pengarah Penjara Sarawak Abdul Kadir Rais, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman Ong Chiang a/l Ong Boon Yieu, Ketua Panel Penilai Konvensyen KIK Mohd Shahrudin Zaidil serta pengarah-pengarah Bahagian Penjara Sarawak.

Simoi turut menyampaikan geran berjumlah RM3,000 kepada Kelab dan Rekreasi Kakitangan Penjara Pusat Sri Aman untuk menjalankan aktiviti tahunan mereka.