Liga K: KKR Axis membelasah Demak Laut FC 7-0

0

KUCHING: KKR Axis membelasah Demak Laut FC dengan jaringan 7-0 pada perlawanan K-League 1M 2015 di sini petang kelmarin.

Nazarudin membuka tirai KKR Axis seawal minit keempat sebelum Iqmal menggandakan jaringan pada minit ke-25.

KKR Axis terus bernafsu memburu jaringan dan Nazarudin terus meledakkan gol ketiga pada minit ke-45.

Nazarudin melengkapkan hatrik apabila sekali lagi menggegar jaring menerusi jaringan pada minit ke-50.

Gol kelima dan keenam KKR Axis turut dijaringkan oleh Nazarudin masing-masing pada minit ke-54 dan minit ke-56.

Hari ceria KKR Axis diteruskan dengan Iqmal menjaringkan gol pada minit ke-65.

Sementara itu, Riaz FC mendapat tentang sengit sebelum melakar kemenangan 4-2 menentang Borneo Island FC.