Twister julang Piala Dr Stephen Rundi

0

Menundukkan KSR BINDA 1-0 pada perlawanan akhir kategori lelaki di Bintulu kelmarin

Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

BINTULU: Twister dinobatkan juara setelah menundukkan KSR BINDA 1-0 pada perlawanan akhir kategori lelaki terbuka Kejohanan Futsal Piala Datuk Dr Stephen Rundi Utom – Lea Sports Centre (LSC) di Stadium Muhibah di sini kelmarin.

Kejuaraan itu melayakkan Twister membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, baucar tunai RM1,500, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

KSR BINDA selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM1,000, baucar tunai RM800, piala iringan dan pingat.

Manakala tempat ketiga disandang H Cromo B20 menerima hadiah wang tunai RM500 dan baucar tunai RM300 diikuti tempat keempat menjadi milik T15 meraih wang tunai RM300.

Sementara itu, PP FC muncul juara kategori 15 tahun ke bawah setelah menewaskan Ten Miles Junior dengan 2-0 melalui penentuan sepakan penalti apabila terikat 1-1 dalam perlawanan akhir kejohanan yang sama.

Kemenangan itu membolehkan PP FC menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

Ten Miles selaku naib juara menerima wang tunai RM500, piala dan pingat.

Tempat ketiga dan keempat masing-masingnya disandang H Cromo Junior dan Extreme FC menerima RM300 dan RM200.

Juara kategori veteran 40 tahun ke bawah dimenangi KSR BINDa, naib juara MLNG diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi GS Petronas dan Wawasan Otai.

Kejuaraan itu membolehkan KSR BINDA menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan pingat.

Manakala MLNG menerima RM600, piala iringan dan pingat sementara GS Petronas dan Wawasan Otai masingmasingnya menerima RM300 dan RM200.

Dalam pada itu, F10 muncul juara kategori wanita terbuka diikuti naib juara Copasues.

Manakala tempat ketiga dan keempat masingmasing dimenangi Respect dan BINDA.

Juara kategori wanita menerima hadiah wang tunai RM1,000, baucar tunai RM500, piala iringan dan pingat.

Naib juara meraih RM700, baucar tunai RM300, piala iringan dan pingat.

Tempat ketiga menerima RM300 serta baucar tunai RM200 dan tempat keempat menerima RM250.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) dan Pembangunan Belia (Luar Bandar) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom yang turut menaja kejohanan itu.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng, Pengerusi Pembangunan dan Kejurulatihan BiFA merangkap pengerusi pertandingan, Mohd Tuah Ismail dan ahliahli jawatankuasa BiFA.

Sebanyak 84 pasukan merangkumi 880 peserta terdiri pemain dan pengurus pasukan menyertai kejohanan itu berbanding 42 pasukan pada tahun lalu.

Juara serta naib juara lelaki dan wanita kejohanan itu bakal mewakili Bintulu ke Kejohanan Futsal Piala Sarawak yang mana Bintulu sebagai tuan rumah dijangka diadakan pada awal September tahun ini.