Gawai: Operasi bot ekspres dipantau rapi

0

Oleh Andy Sabang//

SIBU: Lembaga Sungai- Sungai Sarawak (LSS) menggerakkan 195 pega-wai dan anggotanya dalam operasi di seluruh sun-gai di negeri ini sempena sambutan perayaan Gawai Dayak.

Pengerusi LSS Murni Su-haili berkata operasi tersebut akan dibantu kira-kira 100 anggota penguat kuasa ter-masuk polis, Jabatan Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Sukarel-awan Malaysia (RELA).

Operasi tersebut bertujuan memastikan pengendali bot serta penumpang mematuhi peraturan ditetapkan sekali gus mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

“Kami menuntut semua pihak memberi kerjasama agar semua orang tiba di destinasi yang ditujui dengan selamat.

“Ini kerana kami turut menjangkakan bilangan pengguna pengangkutan air bertambah menjelang perayaan Hari Gawai Dayak tidak berapa lama lagi,” katanya ditemui di sini, kelmarin.

Katanya ia berdasarkan rekod bilangan penumpang setiap kali musim perayaan Hari Gawai Dayak sebelum ini.

Selain itu, LSS juga berusa-ha memastikan bilangan bot untuk kegunaan orang ramai mencukupi bagi menampung peningkatan bilangan penumpang.

Sementara itu, Operasi Gawai dilaksanakan tiga fasa iaitu dari 27 hinggga 31 Mei (fasa 1), 5 hingga 7 Jun (fasa 2) dan 10 hingga 14 Jun (fasa 3).

Murni turut memberitahu bahaha LSS melaksanakan sistem ‘tidak ada tiket tidak boleh masuk’ bagi mengelakkan bot membawa penumpang berlebihan.

Justeru, penumpang dikehendaki mendaftarkan nama mereka di samping turut menunjukkan tiket kepada pegawai LSS yang bertugas.

“Kami mengadakan sekatansekatan di beberapa lokasi dikenal pasti untuk memastikan segala peraturan ditetapkan dipatuhi,” jelasnya.

Disamping itu, juragan bot juga dikehendaki sentiasa bebas daripada alkohol agar sentiasa fokus dalam pemanduan.

Sementara itu, William Jinep semasa ditemui berkata operasi kapal kargo di Dermaga Burung Apu, Jalan Khoo Peng Long dibuka semula.

Sebelum ini, operasi kapal kargo dilakukan di Dermaga Jalan Ding Lik Kwong, Sungai Merah.