Penyerapan GST atas perkhidmatan majlis perbandaran, kerajaan disambut baik

0

KUCHING: Penyerapan Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST) ke atas perkhid-matan majlis perbandaran dan kerajaan di negeri ini disambut baik oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata inisiatif oleh Ketua Menteri Datuk Pat-inggi Tan Sri Adenan Satem itu amat baik dalam mem-bantu mengurangkan beban rakyat khususnya di kalangan pembayar cukai.

“Kami di MPP amat gem-bira dan saya pasti pembayar cukai juga gembira serta ber-terima kasih kepada kerajaan negeri.

“Ini akan mengurangkan beban pembayar cukai kita,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MPP dekat sini, semalam.

Lo menyatakan demikian bagi mengulas mengenai ber-ita gembira yang diumum-kan Adenan kepada rakyat Sarawak kelmarin apabila kerajaan negeri akan mem-bantu membayar GST bagi perkhidmatan majlis per-bandaran dan kerajaan.

Justeru, beliau yakin ba-hawa inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Adenan dalam memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat Sarawak.

Katanya ia jelas apabila kerajaan negeri di bawah pimpinan Adenan telah mem-bawa semua perkara yang amat positif kepada rakyat.

Tambah beliau, semua yang dilakukan Adenan telah dili-hat menjurus untuk kebaikan rakyat, negeri dan negara seperti memansuhkan tol, mengurangkan tarif elektrik, mengawal pembalakan haram serta ikrar integriti untuk mengurangkan rasuah.

“Bagi saya, apa yang Ketua Menteri lakukan ialah beliau tidak mahu membebankan rakyat.

“Ini kerana, kita boleh mendapatkan pendapatan daripada sumber-sumber lain di mana negeri mempunyai banyak sumber dan kita boleh mendapat hasil daripadanya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada rakyat Sarawak supaya memberi sokongan padu kepada Ade-nan untuk terus memimpin negeri.

“Kita telah mendapat Ket-ua Menteri yang terbaik pada masa ini… bayangkan apa yang beliau boleh lakukan untuk kita dalam tempoh lima tahun akan datang dan saya tahu ada banyak lagi perancangan beliau untuk membangunkan rakyat dan negeri,” katanya.