Pesta Kaamatan tidak pernah gagal serlah keunikan Sabah

0

UNIK: Musa yang diiringi oleh Ewon bersalaman dengan masyarakat Tamparuli sejurus tiba pada Pesta Kaamatan USDA di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli kelmarin.

TAMPARULI: KetuaMenteri Datuk Seri Panglima Musa Amanberkata, sambutanPesta Kaamatan yang berlangsung selama sebulan tidak pernah gagal menyerlahkan keunikannya serta sokongan padu dari rakyat Sabah.

Katanya, seperti perayaan besar yang disambut oleh suku kaum lain, sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh kaum Kadazan Dusun Murut (KDM) dan Rungus telah dime-riahkan lagi dengan penyertaan seluruh rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang, kaum dan juga agama.

“Bermula dengan pelan-caraan secara rasmi di Tam-bunan pada 1 Mei lalu, setiap Kaamatan yang dianjurkan di setiap daerah setakat ini adalah satu bukti kepada keunikan dan kekuatan kita yang men-unjukkan perpaduan kukuh, penghargaan, penghormatan serta pemahaman antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka merasmikan Pesta Kaamatan Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) di Dewan Tun Ham-dan, di sini pada Ahad lepas.

Musa berkata, sebilangan besar orang ramai dari seluruh etnik yang muncul di setiap sambutan Kaamatan turut men-unjukkan bahawa rakyat Sabah boleh hidup bersama dalam keadaan harmoni walaupun mempunyai latar budaya yang berbeza.

Sehubungan itu katanya, penghargaan dalam budaya itu membuktikan rakyat di negeri ini sentiasa dan akan terus melindungi serta mengukuhkan perpaduan yang telah dipupuk selama ini.

“Oleh itu, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia, beliau men-jadikan Sabah sebagai contoh terbaik… kita di Sabah boleh duduk bersama dan berbincang, walaupun kita mempunyai perbezaan namun tidak pernah menjadi masalah.

“Justeru, yang penting adalah keikhlasan dan kita mencari minat yang sama.

Apa guna berkelahi sesama sendiri apabila kita mempunyai matlamat yang sama iaitu mahu membawa rakyat dan negeri maju,” katanya.

Pada masa sama, Musa berkata tanpa mengira fahaman politik semua rakyat dan pemimpin mempunyai satu perjuangan yang sama iaitu ingin melihat negeri ini terus berkembang maju serta makmur.

Dengan itu katanya, adalah penting semua rakyat bekerjasama bagi memastikan perpaduan dan keamanan berterusan tanpa mengira fahaman politik.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa komited untuk memenuhi kepentingan dan keperluan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa kepimpinan BN khususnya Najib telah dan sentiasa menunjukkan sifat bertolak ansur mengenai permintaan dan kehendak Sabah.

“Saya sering mengingatkan Perdana Menteri bahawa kita adalah sebuah negeri yang besar, hanya sedikit kecil dari Sarawak.

“Dan sebagai negeri kedua terbesar di Malaysia, kita memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk membangunkan infrastruktur kita.

.

.

dan dia (Najib) mendengar permintaan kita, sebab itulah kita memberi sokongan penuh kepada beliau dan BN.

“Selepas BN memenangi pilihan raya lepas, enam calon Sabah juga telah dilantik sebagai menteri penuh kerana mereka (persekutuan) memahami akan keperluan kita.

.

.

sudah tentu kita di Sabah ini bersyukur,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut meluluskan permohonan USDA bagi peruntukan sebidang tanah untuk mendirikan pusat kecemerlangan.

Sementara itu, Presiden USDA Datuk Dr Ewon Ebin dalam ucapan alu-aluanya berkata, persatuan itu akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang mempunyai objektif sama terutamanya dalam mempromosi perpaduan kaum.

Menurutnya, USDA tidak pernah terhad kepada sesetengah kumpulan politik mahupun kumpulan agama.

“Kita akan meneruskan trend ini sebagai asas perpaduan kaum dan demokrasi dalam kalangan masyarakat Dusun dengan niat, USDA adalah untuk berkerja dengan semua kaum terutamanya dalam membantu usaha kerajaan menyatupadukan rakyat Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Selain pemimpin BN, antara tetamu kehormat yang hadir ialah pemimpin dari pembangkang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ADUN Moyog Terence Siambun.