Jom sertai Boling BKG Borneo, 14 Jun

0

SIBU: Penyertaan bagi kejohanan 10 Pin Boling BKG Borneo 2015 kini dibuka kepada semua pemain berminat berlangsung di Sibu Super Bowl pada 14 Jun ini, bermula jam 9 pagi.

Pertandingan itu terbuka kepada pemain Bumiputera sahaja dianjurkan bersama BKG Borneo dan Klang Kluz Bowlers.

Menurut pengerusi penganjur, Andy Roslan dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita.

“Yuran penyertaan ialah RM80 dan tarikh tutup pada 10 Jun ini,” katanya di sini kelmarin.

Juara kategori lelaki bakal menerima wang tunai RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200) berserta piala.

Tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM80 dan RM50.

Pemenang tempat keenam hingga ke-15 menerima hamper.

Bagi kategori wanita, juara menerima RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM150) berserta piala.

Tempat keempat menerima RM70 sementara kelima hingga ke-15 menerima hamper.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi Andy (019-7935655), Mohd Faizan (012-8612906) atau Osman Yusof (019-4682523).