Najib dijangka rasmi sambutan Gawai Dayak di Kuching, 3 Jun

0

KUCHING: Kuching akan menjadi tuan rumah sambutan Gawai Dayak 2014 pada 3 Jun yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, kemuncak sambutan akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Kumpang di sini yang akan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Selepas Orang Ulu diberi penghormatan untuk meng-anjurkan acara itu di Miri pada tahun lepas, katanya, kali ini giliran kaum Bidayuh pula mengetuai penganjuran sambutan berkenaan.

“Kita ingin mengalu-alukan kedatangan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi sambutan ini,” katanya pada sidang media di pejabat DBNA di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Per-sekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) Gerawat Gala dan Setiausaha Agung Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Datin Senorita Linang.

Manyin yang merupakan pengerusi jawatankuasa penganjur Gawai Dayak 2015 memberitahu, dianggarkan 3,000 orang bakal hadir memeriahkan program berkenaan.

Sambutan itu bertemakan ‘Besindi Bersama, Segulai Sejalai, Peji Peju Pejoh’ yang membawa maksud ‘Perpadu-an’ dalam bahasa Bidayuh, Iban dan Orang Ulu.

Selain acara membabitkan tetamu kehormat, acara di Dewan DBNA juga akan menyaksikan perarakan kumang atau ratu cantik kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, serta pertunjukan kebudayaan.