134 orang terima darjah dan pingat

0

SIBU: Seramai 134 orang telah menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, semalam.

Mengetuai senarai penerima pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini ialah Kaunselor Oliver Kuo Ging Bing dan Penghulu Ling Chee Kiew @ Lim Chee Kiew yang masing-masing menerima Johan Bintang Sarawak (JBS).

Bagi Pegawai Bintang Sarawak (PBS) seramai enam orang penerima diikuti empat orang masing-masing menerima Bintang Kenyalang Sarawak dan Pegawai Bintang Kenyalang (PBK).

Manakala bagi pentadbiran awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) menyaksikan seramai sembilan penerima dan Ahli Bintang Sarawak (ABS) seramai 43 penerima.Sementara itu, Ahli Bintang Kenyalang (ABK) diberikan kepada 20 penerima, Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) 21 penerima dan Bentara Bintang Sarawak (BBS) seramai 29 penerima.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil serta isteri Datin Lee Chai Foong.