17 kaki judi siber dicekup polis

0

SIBU: Sebanyak 17 kaki judi siber masuk lokap selepas dikejut pasukan polis D7 dalam satu serbuan serentak ketika satu operasi di dua premis kedai menjalankan kegiatan perjudian secara atas talian di sini sejak jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam Ops Dadu tersebut, polis merampas sebanyak 38 set komputer dan wang tunai sejumlah RM788 dalam di dua  premis judi yang terbabit.

Semua suspek berumur antara 19 hingga 50 tahun ditahan dalam lokap CPS dan akan direman lanjut.

Kedua-dua serbuan diketuai oleh ASP Tega Bilong dan Inspektor Fazirul.

Tindakan pemotongan bekalan elektrik telah dilakukan oleh SESCo di kedua-dua premis kedai terbabit setelah selesai operasi serbuan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(B)(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT)1953.