4 anggota terlibat Ops Daulat terima pingat PKN

0

SIBU: Seorang pegawai dan tiga anggota polis berpangkat korperal daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Sibu di sini antara 210 pegawai dan anggota polis yang hadir untuk menerima Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N) di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras, Selangor petang semalam.

Penerima pingat pada Majlis Penanugerahan Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N) tersebut termasuk Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Sibu DSP Yeoh Chun Shyan, Kpl/D Buby Tebuh, Koperal Jerry Mancha Minggat dan Koperal Hafizul Basri.

Penyematan pingat telah dilakukan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Penganugerahan pingat tersebut adalah untuk mengenang jasa-jasa mereka (pasukan keselamatan) yang terlibat semasa melaksanakan tugas dalam Ops Daulat ketika peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari 2013.