Skandal rasuah gemparkan bola sepak dunia

0

DISIASAT: Ejen FBI membawa keluar kotak yang mengandungi bahan bukti selepas menggeledah ibu pejabat CONCACAF di Miami Beach, Florida pada Rabu lepas. — Gambar AFP

Tujuh pegawai tertinggi FIFA ditahan, terima sogokan semasa beri hak penganjuran kepada Afrika Selatan

ZURICH, Switzerland: Satu skandal besar menyelubungi badan induk bola sepak dunia, FIFA, mengejutkan seluruh komuniti bola sepak dunia Rabu lepas dan menyebabkan desakan untuk menangguhkan satu proses pemilihan presiden FIFA.

Polis Switzerland menahan tujuh pegawai tertinggi bola sepak yang dituduh menerima rasuah lebih dari 150 juta pound pada satu serbuan awal pagi di sebuah hotel mewah di Zurich.

Amerika Syarikat (AS) mahu tujuh pemimpin itu diekstradisi ke AS untuk berdepan perbicaraan.

Penyiasat Switzerland juga mengeledah ibu pejabat FIFA sebagai sebahagian dari siasatan ke atas pemberian hak penganjuran Piala Dunia 2018 kepada Rusia dan Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Dengan FIFA berdepan krisis terbesar dalam satu kurun penubuhannya, penyiasat AS dan Switzerland menjangkakan tekanan lebih besar ke atas badan induk itu dan juga pemimpinnya.

Naib presiden FIFA, Jeffrey Webb dan Eugenio Fugueredo adalah antara tujuh orang yang ditahan sekitar jam 6 pagi waktu tempatan di Hotel Baur au Lac sebagai sebahagian siasatan AS.

Kesemua mereka ditahan di lokap ketika ini.

“Dakwaan rasuah ini berleluasa, secara sistematik dan cukup mendalam di dalam luar negara dan di sini (AS),” kata peguam negara AS, Loretta Lynch.

Webb, dari Cayman Islands, Presiden Gabungan Bola Sepak Utara dan Amerika Tengah (CONCACAF) dengan penyiasat AS juga mengeledah ibu pejabat CONCACAF di Miami.

Figueredo, dari Uruguay yang juga Presiden Gabungan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), ditahan bersama-sama Eduardo Li, berketurunan Cina dari persatuan bola sepak Costa Rica, yang dijadualkan menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA hari ini.

Enam dari tujuh suspek yang diumumkan akan membantah satu ekstradisi ke AS, menurut pihak berkuasa Switzerland.

Lynch berkata rasuah ini sangat teruk di mana pegawai FIFA mengambil rasuah semasa proses memberikan hak penganjuran Piala Dunia 2010 kepada Afrika Selatan, kali pertama kejohanan terbesar bola sepak itu diadakan di Afrika.

Penyiasat AS berikrar untuk memperluaskan lagi siasatan mereka dalam skandal ini.

Badan induk itu berdepan dengan masalah lain apabila polis Switzerland merampas fail dan emel di ibu pejabat FIFA sebagai sebahagian dari siasatan ke dalam pemberian hak penganjuran Piala Dunia 2018 dan 2022.

Undian Piala Dunia 2018 dan 2022 yang dibuat pada 2010, diselubungi dengan banyak dakwaan penipuan.

FIFA berkata bahawa tiada persoalan tentang pertukaran hak penganjuran.

Penyiasat Switzerland berkata mereka akan menyoalsiasat 10 anggota jawatankuasa eksekutif yang terlibat dalam undian 2010.

Kementerian Luar Rusia menuduh AS secara tidak sah menggunakan kuasa kehakimannya “melepasi sempadan sendiri” dengan bertindak terhadap pegawai FIFA di Zurich.

Tetapi gabungan bola sepak di Eropah mengalu-alukan tindakan itu dan meminta penangguhan Kongres FIFA yang bermula semalam (Khamis) dan juga menangguhkan proses pemilihan presiden untuk tempoh enam bulan.

UEFA menganggap penangkapan itu satu “malapetaka untuk FIFA.

” “UEFA sangat terkejut dan sedih dengan insiden ini.

Ia sekali lagi menunjukkan rasuah sudah menjadi satu budaya dalam FIFA,” kata kenyataan UEFA.

Jurucakap FIFA, Walter de Gregorio menyatakan bahawa Blatter tidak terlibat dalam siasatan dan juga undian pemilihan presiden harus diteruskan hari ini.

Blatter merupakan calon pilihan untuk mempertahankan jawatannya buat penggal kelima.

Tetapi pencabar tunggalnya, Putera Ali, berharap apa yang berl aku Rabu l epa s aka n mengalihkan sokongan kepadanya walaupun Gabungan Bola Sepak Afrika mengulangi sokongan mereka kepada Blatter.

De Grigorio berkata Blatter, 79, kelihatan ‘tenang’ tentang masa depan tidak mempunyai kaitan dengan siasatan.

“Beliau tidak menari di pejabatnya,” kata de Gregorio.

“Beliau sangat tenang dan memantau apa yang berlaku.

Beliau memberikan sepenuh kerjasama dengan semua orang.”

Blatter sendiri menyedari bahawa badan induk itu berdepan “masa sukar” kerana serbuan rasuah itu tetapi berikrar bahawa manamana pegawai didapati bersalah akan disingkirkan dari badan induk dan juga dari sukan bola sepak.

“Ini adalah masa yang sukar untuk bola sepak, peminat dan juga FIFA sebagai badan induk.

Kami faham kekecewaan ramai pihak dan saya tahu apa yang berlaku hari ini akan memberi impak tentang cara orang melihat organisasi kami ini,” kata Blatter.

“Saya mahu menjel a skan: tindakan salah laku ini tiada tempat dalam bola sepak dan kami akan memastikan mereka yang terlibat akan disingkirkan dari sukan ini , ” tambah beliau.

Jawatankuasa etika FIFA s ebe lum ini menggantung 11 suspek yang dinamakan dalam pertuduhan AS, termasuk tujuh yang ditahan di Zurich.  — AFP