Impian sambut Gawai Dayak penduduk Long Unai berkecai

0

BELAGA: Hasrat kira-kira 80 penduduk di Long Unai, Hulu Sungai Rejang di kawasan Belaga untuk menyambut Hari Gawai Dayak  berkecai selepas kediaman mereka ranap dalam satu kejadian kebakaran jam 2 petang semalam.

Kejadian melibat 14 pintu rumah panjang masyarakat Kenyah dan Penan terletak di pedalaman daerah Belaga terbabit.

Menurut sumber boleh dipercayai kebakaran itu memusnahkan 14 pintu rumah panjang terbabit.

Ia berpunca daripada tindakan penduduk lupa menutup api dapur gas, kata sumber berkenaan.

Ada sumber lain mengatakan, salah seorang penghuni di  rumah panjang di situ sedang memasak air sehingga dapur gas  meletup seterusnya menyebabkan kebakaran.

Dua blok rumah panjang masyarakat Kenyah dan Penan di Long Unai yang musnah itu antara penempatan paling hulu selepas kawasan Empangan Bakun.

ADUN Belaga, Liwan Lagang ketika dihubungi memaklumkan telah mendapat maklumat mengenai kejadian terbabit dan usaha membantu mangsa kebakaran sedang diusahakan menerusi Pejabat Daerah Belaga.