Malaysia perlu menang ke atas Timor Leste

0

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak bawah 23 tahun kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee perlu mencatat kemenangan pertama menentang Timor Leste dalam saingan Sukan SEA Singapura yang berlangsung di Stadium Bishan, di republik itu hari ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau menyifatkan perlawanan hari ini berpihak kepada skuad negara kerana kelebihan dari aspek prestasi pasukan yang lebih baik daripada Timor Leste.

“Esok (hari ini) mestilah kena menang, Timor Leste bukanlah musuh tradisi kita dalam bola sepak…  tetapi saya tidak memandang rendah mana-mana negara yang bertanding.

“Sepatutnya kita tiada masalah bertemu Timor Leste,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen ‘Yang Hebat Dahagakan Cabaran’ oleh 100Plus di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.  — Bernama