JPAM SJN FC catat kemenangan besar

0

KUCHING: JPAM SJN FC mencatat kemenangan terbesar mereka pada kempen KLeague iM 2015 selepas membelasah OBYU Realty 8-0 pada perlawanan yang berlangsung di Padang C, di sini semalam.

Penyerang berbisa JPAM, Muhammad Yusri Othman muncul wira dengan meledakkan hatrik pada minit ke-61, 73 dan 87.

Penjaring lain termasuk Abang Mohd Hilmi Abang Othman (24), Mohd Shazwan Rahmatullah (42, 58) dan Mohamad Asrulah Drahman (57, 79).

“Kredit kepada semua pemain dengan kemenangan bergaya ini.

Pemain-pemain bermain mengikut apa yang dirancang dan saya berharap momentum ini dapat dikekalkan pada perlawanan seterusnya,” kata Ketua Jurulatih JPAM, Abdol Wahet Uji.

JPAM kini mengumpul 20 mata hasil daripada enam kemenangan dan dua kali seri.

Dalam satu lagi perlawanan, Petra Giant FC berjaya menumpaskan KSK Satok dengan jaringan 1-0.

Gol Petra Giant dijaringkan oleh bekas pemain Sarawak, Abdul Rayjal Abdul Jalil pada minit ke-91 menerusi sepakan penalti.

Kemenangan itu memastikan Petra Giant terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, FC Brooke apabila keduadua pasukan kini berkongsi 22 mata.

Bagaimanapun, FC Brooke berpeluang merampas kembali takhta jika berjaya menumpaskan Borneo Island FC hari ini.

Satu lagi perlawanan berlangsung hari ini melibatkan juara bertahan, DBKU menentang KKR Axis jam 4.

15 petang di Padang C, Petra Jaya di sini.