UPP cadang Ting calon BN di DUN Bukit Assek

0

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) mencadangkan Pengerusi UPP Bukit Assek, Kapitan Ting Check Ming sebagai calon Barisan Nasional (BN) boleh menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek.

Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh ketika berkata, kemenangan BN di Bukit Assek adalah amat penting seperti zaman Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai pada 1991.

“Sejak sekian lama pengundi di kawasan tersebut memilih pembangkang, kita percaya mereka kembali kepada BN pada akhirnya.

“Ting komited berkhidmat kepada rakyat dan beliau aktif di Bukit Assek dan diterima baik. Saya berharap beliau menerima sokongan penuh ahli-ahli parti,” katanya pada mesyuarat UPP Cawangan Bukit Assek di sini malam kelmarin.

Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti itu memberitahu bahawa Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi membayangkan Ketua Menteri memilih calon boleh menang menyelesaikan isu calon kontroversi di beberapa kawasan.

Beliau berkata, UPP sangat rapat dengan pemimpin BN dan dijemput oleh parti-parti komponen BN bertemu dengan Perdana Menteri pada lawatannya ke Kuching, 4 Jun ini.

Selain itu, UPP juga beberapa kali dijemput menghadiri majlis-majlis rasmi BN.

“Ini menunjukkan kita sebagai sebahagian BN Sarawak. Kami akan bekerja keras memastikan kemenangan BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” jelasnya.

Beliau yakin Ting dapat berkhidmat kepada rakyat dengan baik-baiknya dan komitmen dalam politiknya.

“Dengan komitmen itu, saya berasa selesa dengannya dan berharap anggota parti memberi sokongan padu kepada Ting. Beliau akan bangkit. Beliau juga mencapai matlamat dalam perkhidmatannya kepada rakyat,” tambahnya.

Sementara itu, Ting dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli parti kerana menyokong beliau sebagai pengerusi baharu UPP Cawangan Bukit Assek.

Disyorkan UPP sebagai calon BN di Bukit Assek pada PRN akan datang, beliau berkata akan bekerjasama dengan ahli-ahli parti dan rakyat dalam komitmen politiknya.

Ting berkata, Bukit Assek terletak di tanah gambut rendah dan banyak rumah penduduk tenggelam ekoran tanah itu.

“Para pengundi menyuarakan kebimbangan mereka dan jika kita bekerjasama dalam kerajaan tiada apa yang tidak boleh dicapai,” katanya.

Ting melahirkan keyakinan kepimpinan Wong dalam UPP.

Beliau berkata, Sibu tidak hanya milik kepada rakyat tetapi anak-anak mereka juga.

“Mereka harus dijaga dengan baik di negeri ini untuk generasi akan datang,” katanya.