Konsert rock dihentikan separuh jalan, menghampakan peminat

0

Oleh Hamimi Kassim

KUCHING: Kira-kira 300 peminat muzik rock di sini pulang dalam keadaan hampa apabila Konsert Lagenda Jelajah Rock yang dijangka berlangsung selama tiga jam dihentikan separuh jalan kerana penganjur gagal menjelaskan bayaran kepada kontraktor.

Menurut kontraktor yang enggan namanya disiarkan, pihak penganjur Ideart Creativo yang telah berjanji membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM120,000 untuk pemasangan pentas serta sistem audio dan pencahayaan, gagal berbuat demikian.

Biarpun konsert bermula jam lewat sejam daripada dijadualkan, sepatutnya pukul jam 9 malam kepada 10 malam itu, peminat masih dapat bersabar dan menunggu dengan sabar.

Diadakan di Stadium Perpaduan, kontraktor berkenaan menjelaskan mereka masih bertimbang rasa memberikan peluang kepada penganjur untuk menjelaskan bayaran dalam tempoh sejam.