Ahli UPP adakan kunjungan Gawai ke kampung setinggan

0

MIRI: Ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) daripada empat cawangan mengadakan kunjungan Hari Gawai ke tiga kampung setinggan di Lutong pada 1 Jun lalu.

Rombongan diketuai Pengerusi UPP Piasau Datuk Hii King Chiong mengunjungi Kampung Merikan Tiga, Kampung Sealine dan Kampung Pasir.

Turut menemaninya ialah Pengerusi UPP Pujut Kaunselor Bruce Chai, Pengerusi UPP Senadin Kaunselor Keith Chin dan Pengerusi UPP Bekenu Penghulu Haw Min Wai.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Wanita UPP Senadin Suzanne Lee bersama ahli-ahli UPP dan Majulah Miri. Ketika di Kampung Merikan Tiga, wakil penduduk, Bunyau Suda menyerah borang permohonan tanah daripada 48 keluarga untuk rujukan semula permohonan tanah kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS). “Kami di UPP dan Majulah Miri terus membantu menjaga kebajikan penduduk.

Inilah keutamaan kami, “ katas Hii dalam ucapan ringkasnya, Rombongan disambut mesra penduduk Sealine diketuai Sayieng Wuet pada Majlis Rumah Terbuka Gawai di dewan kampung.

Ketika di Kampung Pasir, UPP menerima borang keahlian parti daripada seramai 20 penduduk yang disampaikan oleh wakil penduduk, Jabat Barak. KUNJUNGAN: Hii bersama Ja-bat (lima kiri), ahli UPP memotong kek Hari Gawai semasa kunjungan di Kampung Pasir.