Beku ambil kakitangan awam, Riot enggan ulas

0

SERIAN: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem enggan meng-ulas berhubung pengambilan kakitangan awam yang dibekukan baru-baru ini.

Beliau juga enggan memberi komen berkaitan pekerja MAS yang diberhentikan kerja.

“MAS kita biarkan kepada Khazanah Nasional dan sebagai menteri yang bertanggungjawab saya memang risau akan kebajikan mereka yang mungkin terpaksa mengambil BSS.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya fikir lebih elok bagi saya tidak menyentuh tentang itu.

“Menerusi taklimat Kha-zanah Nasional ada yang mengatakan 6,000 pekerja MAS yang diberhentikan, namun sebenarnya seperti yang telah diberitahu hanya 4,500 orang.

“Lebih elok kalau saya tidak menyebut tentang nasib malang atau baik pekerja MAS dan kakitangan awam juga kalau boleh saya tidak mahu menyebut,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Program Khidmat Masyarakat di Hospital Serian di sini, semalam.

Sebelum ini, menurut sumber, sekurang-kurangnya 15 agensi kerajaan dimaklumkan supaya menangguhkan pengambilan kakitangan baharu.

Arahan itu terkandung dalam pekeliling ‘Inisiatif Penggunaan Sumber Manusia Secara Optimum’ yang di-keluarkan bulan lalu.

Mengikut pekeliling itu, kerajaan membuat keputusan terdapat keperluan untuk mengawal jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam supaya sumber manusia yang ada sekarang digunakan secara optimum.

Sehubungan itu, pengwujudan jawatan baharu dibekukan bagi semua kementerian dan jabatan serta agensi berkuat kuasa 22 April lalu.

Sementara itu, kata sumber, MAS mengurangkan pekerja-nya untuk menyertai entiti baharu Malaysian Airlines Berhad (MAB).

MAB ialah entiti baharu yang ditubuh oleh pemegang saham utama MAS, Khazanah Nasional Berhad untuk meng-ambil alih kontrak, aset dan liabiliti syarikat penerbangan nasional itu dalam usaha memulihkannya bagi meraih semula keuntungan.

Katanya, seramai 14,000 pekerja yang menerima surat tawaran akan diberikan masa 12 hari untuk membuat keputusan, manakala pekerja yang memutus untuk menyertai MAB akan mula bekerja dengan entiti baharu itu mulai 1 September.

Syarikat penerbangan itu diharap dapat bangkit semula menjelang tahun 2017.