Biro Pendidikan Pantai Damai anjur program penguasaan bahasa Inggeris

0

KUCHING: Dalam usaha memperluas penggunaan dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di Pantai Damai, Program Pengukuhan Bahasa Inggeris diadakan mulai semalam hingga 7 Jun.

Program anjuran Biro Pendidikan N.4 Pantai Damai dengan kerjasama Alumni MRSM Kuching itu berlangsung di Dewan Kampung Panglima Seman dan Tebingan BGS.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penggunaan dan penguasaan dalam bahasa Inggeris perlu bermula dari sekolah rendah.

Sehubungan itu, menurutnya, program tersebut dijalan dengan melibatkan tiga buah sekolah rendah iaitu SK Gersik, SK Pulo dan SK Matu Baru.

“Sasaran program ini adalah untuk memperluas penggunaan dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar seawal sekolah rendah.

“Pada masa sama program ini berperanan untuk mening-katkan pencapaian pelajar dalam subjek bahasa Inggeris pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),” katanya.

Program tiga hari itu akan melibatkan fasilitator dari University of Hawaii, Tobias Bloyd dan wakil Alumni MRSM Kuching.