Nothing2Hide dibatal atas faktor keselamatan

0

KUCHING: Program Dialog PM bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Nothing2Hide yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibatalkan atas faktor keselamatan.

Anjuran SukaGuam, program tersebut dibatalkan berikutan arahan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Program tersebut dijadual diadakan pada kira-kira jam 10 pagi dan dibatalkan kerana berlaku kekecohan di luar dewan sehingga terdapat individu ditangkap.

Penganjur pada mulanya membenarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berucap, namun diberhentikan beberapa minit kemudian.

Pengamal media berkesempatan menyaksikan telepersidangan secara langsung di studio mini FINAS di sini.

Kira-kira 50 orang hadir menyaksikan telepersidangan tersebut.