Kenderaan bertembung, dua maut, dua cedera

0
KEMALANGAN MAUT: Keadaan Proton Persona yang bertembung dengan Nissan Navara, semalam.

KEMALANGAN MAUT: Keadaan Proton Persona yang bertembung dengan Nissan Navara, semalam.

BINTULU: Dua maut dan dua cedera apabila kenderaan jenis Proton Persona dan pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 23 Jalan Pesisir Bintulu-Miri pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Lim Kwai Seng berkata, kejadian yang berlaku pada jam 7.45 pagi itu menyebabkan pemandu Proton dikenal pasti sebagai Rajang Sampai dan penumpang yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian.

“Manakala pemandu Nissan Navara dikenal pasti sebagai Low Chee Kian dan penumpangnya, Liew Ah Loy mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Bintulu,” ujarnya semasa dihubungi semalam.

Beliau berkata kedua-dua kenderaan itu dipercayai bertembung di jalan berselekoh dan kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.