JKN sedia hadapi penularan MERS-CoV

0

HUS, Hospital Miri, Hospital Sibu dikenal pasti lokasi tempatkan pesakit disah positif MERS-CoV

Oleh Patricia Gari //

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS)-CoV di negeri ini meskipun tiada kes direkodkan setakat semalam.

Pengarahnya Datu Dr Zul-kifli Jantan berkata antara persediaan dibuat ialah me-mastikan hospital-hospital awam utama di negeri ini seperti Hospital Umum Sara-wak (HUS), Hospital Miri dan Hospital Sibu dikenal pasti sebagai lokasi menempatkan pesakit yang disah positif MERS-CoV.

Selain itu katanya, sebagai langkah berjaga-jaga penumpang yang menggunakan pesawat antarabangsa akan diperiksa suhu badan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching serta lapangan terbang lain.

“Buat masa ini tidak ada kes MERS-CoV dikesan di Sarawak. Namun JKN tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Penumpang pesawat antarabangsa akan diperiksa suhu badan mereka menggunakan alat pengimbas haba.

“Malah Hospital Umum Sarawak di Kuching, Hospital Sibu dan Miri boleh menerima pesakit jika ada yang dikesan positif MERS-Cov,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam dalam akhbar berbahasa Inggeris kebangsaan menasihati rakyat Malaysia agar tidak ke Korea Selatan buat sementara waktu bagi mengelak dijangkiti MERS-CoV.

“Bagaimanapun, tiada lara-ngan dikeluarkan kepada mereka yang datang atau pergi ke negara itu.

“Kami sedang memantau lapangan terbang antarabangsa negara, jika ada pelancong yang dikesan mempunyai suhu badan yang tinggi, kami akan arah-kannya melakukan ujian kesihatan secara terperinci,” katanya sambil menambah tempoh inkubasi penyakit tersebut ialah selama tiga minggu.

Justeru ujarnya, sekiranya ada yang mengalami simpton seperti demam dalam tiga mingggu bermula dari tempoh mengunjungi Korea Selatan, seseorang itu mesti mendapatkan rawatan segera di hospital-hospital ber-dekatan.

Sementara itu menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tidak ada vaksin untuk merawat penyakit berkenaan.

Simptom utama penyakit MERS-CoV ialah demam panas, batuk dan sesak nafas, selain mual, muntah dan cirit-birit.

Dilaporkan sehingga setakat berita ini ditulis, lima kematian akibat MERS-CoV direkodkan di Korea Selatan dan jumlah yang dijangkiti meningkat kepada 64 setakat kelmarin (Ahad).