Hoki: Khairy mahu S Kumar kembali positif

0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu penjaga gol skuad hoki kebangsaan S. Kumar untuk kembali positif dan terus memberi khidmat kepada sukan hoki negara.

“Saya tahu ini adalah cabaran yang begitu besar sekali buat Kumar dan keluarga. Namun demikian, segalanya sudah ditakdirkan.

“Saya berharap setelah beliau dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga, beliau akan terus positif dan terus menyumbang kepada negara,” katanya kepada pemberita ketika melawat Kumar di kediamannya di Taman Puncak Jalil semalam.

Pada 18 Jun lepas, Kumar yang dalam persediaan menghadapi kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) di Belgium dikejutkan dengan berita kematian anak bongsunya, Harshenn di Hospital Kuala Lumpur.

Berikutan itu, penjaga gol berusia 36 tahun itu kembali ke tanah air dan menarik diri daripada kejohanan itu yang juga merupakan kelayakan ke Sukan Olimpik 2017 di Rio de Janeiro, Brazil. — Bernama