DBKK hulur sumbangan kepada 20 warga emas dan ibu tunggal

0

KOTA KINABALU: Seiring dengan usaha membantu meringankan beban golongan kurang bernasib baik, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyampaikan sumbangan kepada 20 orang warga emas dan ibu tunggal daripada Hidayah Centre, di sini pada malam Jumaat lalu.

Selain penyerahan sumbangan kepada golongan berkenaan, 10 buah masjid dan surau sekitar bandar raya Kota Kinabalu dipilih sebagai penerima sumbangan Ramadan DBKK pada tahun ini.

Antara masjid dan surau berkenaan adalah Masjid Raudah Kampung Bandulan, Menggatal; Masjid Al-Aqsa Kg Kobuni, Inanam; Masjid Nur Iman Kg Numbak; Surau An-Nur Kg Gusung, Likas; dan Surau Al-Mubarak Kg Kelingau, Menggatal.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edward Yong dan isteri Datin Mary Yong; Mayor Bandar Raya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir dan isteri, Datin Florence I. Malangking; serta Ketua Pengarah DBKK Datuk Yeo Boon Hai.