Datuk maut kemalangan

2

Tuai rumah maut motosikal dirempuh kereta selepas hantar cucu ke sekolah

Oleh Bryan Bell //

BERLANGGAR: Motosikal ditunggang mangsa berlanggar dengan Toyota Vios.(Gambar Kanan) SEDIH: Ahli keluarga meratapi pemergian mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Mukah-Selangau semalam.(Gambar Kiri)

BERLANGGAR: Motosikal ditunggang mangsa berlanggar dengan Toyota Vios.(Gambar Kanan)
SEDIH: Ahli keluarga meratapi pemergian mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Mukah-Selangau semalam.(Gambar Kiri)

MUKAH: Tuai Rumah Juat Tayai, 62, maut apabila motosikal ditunggangnya semasa balik dari menghantar cucu ke sebuah sekolah rendah di kawasan ladang di sini dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Mukah-Selangau pada jam 7 pagi semalam.

Semasa kejadian mendiang yang dalam perjalanan balik ke rumah panjangnya (Rumah Juat) di kawasan Bageri, gagal memberhentikan motosikalnya di garisan tengah sebelum memasuki simpang lalu terlanggar sebuah kereta dipandu seorang guru dalam perjalanan ke sekolah di kawasan ladang tersebut.

Menurut saksi kejadian, mangsa menunggang motosikal untuk memasuki simpang rumah panjangnya setelah tiga lori pengangkut arang batu lalu melintasinya dari arah Mukah.

Mangsa yang tidak menyedari ada sebuah lagi kenderaan (Vios) datang dari arah hadapannya, cuba memasuki simpang jalan lalu berlanggar dengan kenderaan itu.

Saksi dikenali Dana (penduduk rumah panjang berdekatan) berkata, mangsa menunggang motosikal seiring dengannya apabila balik dari sekolah setelah bersama-sama menghantar cucu masing-masing ke sekolah berdekatan.

“Saya memandu kereta mengekori mangsa dari belakang dan terlebih dahulu singgah di rumah panjang saya (Rumah Garit).

“Saya sempat melihat mangsa terus menunggang motosikalnya dan hilang seketika apabila dilindungi tiga lori pengangkut arang batu melintas kawasan simpang rumah panjang mangsa.

“Saya terdengar bunyi dentuman kuat seketika di kawasan simpang rumah mangsa dan memang menyangka ada kemalangan berlaku,” katanya.

Anak mangsa yang dikenali Ambrose memberitahu bahawa anaknya (cucu mangsa) memang meminta datuknya sahaja menghantarnya ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

Disebabkan saya turun kerja, saya mendapat tahu berita sedih ini setelah menerima panggilan daripada ahli keluarga saya yang menghubungi saya dari tempat kejadian.

Pemandu Toyota Vios mengalami kecederaan ringan manakala kereta dipandunya terbabas ke dalam parit tidak jauh dari mayat mangsa disahkan meninggal dunia (lebih 40 meter dari simpang jalan rumah Juat).

Mayat mangsa dibawa kenderaan IPD Daerah Mukah ke Bilik Forensik Mukah untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan setelah disempurnakan mangsa dibawa balik ke rumah panjang semula oleh ahli keluarganya.

Mangsa meninggalkan seorang balu, dua anak dan dua cucu.

Ketua Polis Daerah (IPD) Mukah Jimmy Panyau mengesahkan kejadian dan memberitahu bahawa kejadian tersebut masih dalam siasatan polis.

TRAGIS: Mangsa terpelanting lebih 40 meter dari tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta dari arah Jalan Mukah-Selangau.

TRAGIS: Mangsa terpelanting lebih 40 meter dari tempat kejadian setelah dilanggar sebuah kereta dari arah Jalan Mukah-Selangau.