Nelayan dikhuatiri lemas ketika menangkap ketam

0
CARI: Anggota bomba turun menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas.

CARI: Anggota bomba turun menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas.

KUCHING: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkap ketam berdekatan Kampung Sungai Cina, Sampadi, Lundu semalam.

Mangsa, Ujang Musa berusai 58 tahun dari Kampung Stoh, Sampadi dikatakan turun ke laut untuk menangkap ketam sekitar jam 5 pagi semalam.

Mangsa dipercayai terjatuh dari botnya sekitar jam 9.30 pagi berikutan laporan angin kencang melanda di sekitar kawasan itu.

Insiden kehilanganya diketahui selepas beberapa penduduk yang juga nelayan menjumpai bot yang enjinnya masih hidup berdekatan pulau di situ.

Penduduk terbabit kemudiannya memaklumkan insiden itu kepada pihak berkuasa.

Ekoran laporan itu polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Beberapa penduduk turut serta dalam operasi berkenaan untuk mencari mangsa.