PBSNT mohon tunda jadual Terengganu, Sarawak Sabtu ini

0

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah mengemukakan permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) untuk menunda jadual perlawanan Liga Super antara Terengganu menentang Sarawak pada Sabtu ini.

Pres idennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata pihaknya memohon perlawanan ke-14 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu di tangguhkan kerana tarikh berkenaan adalah hari Nuzul Quran.

“Hari ini setiausaha saya (Arpin Draman) telah menghantar surat kepada FAM. Saya harap Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dapat terima surat kita awal agar dapat segera dibentangkan dalam mesyuarat JKPT itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan satu perjumpaan bersama pemain dan pihak pengurusan di pejabat PBSNT di sini semalam.

Dalam perkembangan berasingan Wan Ahmad Nizam berkata ketua jurulatih Abdul Rahman Ibrahim telah mengemukakan permohonan untuk bercuti.

“Kita telah bersetuju dengan permohonan beliau dan buat sementara waktu ini, tugas beliau akan dipikul Ahmad Yusof dan juga Mustapha Kamal Abdul Wahab.

“Ini permohonan dia sendiri untuk bercuti dan kita telah berikan beliau bercuti selama tiga bulan sehingga tamat perlawanan Liga Super,” katanya.

Bagaimanapun Wan Ahmad Nizam t idak mendedahkan sebab jurulatih berusia 70 tahun itu memohon bercuti. — Bernama