Penunggang motosikal parah dilanggar pacuan empat roda

0
LANGGAR LARI: Mangsa menggelupur kesakitan dirempuh sebuah 4WD ketika ingin keluar dari simpang kawasan perumahan di Jalan Sibiyu, tengah hari semalam.

LANGGAR LARI: Mangsa menggelupur kesakitan dirempuh sebuah 4WD ketika ingin keluar dari simpang kawasan perumahan di Jalan Sibiyu, tengah hari semalam.

BINTULU: Seorang penungang motosikal iaitu lelaki dalam lingkungan umur 40-an mengalami kecederaan parah setelah dilanggar lari sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Sibiyu di sini sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Semasa kejadian, mangsa dikenali Jaralee dikatakan mahu keluar dari simpang jalan sebelum dirempuh 4WD berkenaan dari arah hadapan.

Impak perlanggaran cukup kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan manakala motosikalnya turut terperosok ke bahagian tepi jalan seberang.

Menurut saksi, kenderaan terbabit sempat berhenti seketika sejurus berlakunya insiden namun bertindak melarikan diri selepas itu.

Mangsa terbaring dan menggelupur seketika di tengah jalan sebelum polis dan unit ambulans datang bagi memberi rawatan kecemasan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan mangsa diberi rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan.