Lelaki terbunuh rempuh bahagian belakang lori

0

SIBU: Seorang lelaki, 26, terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang lori berhenti di lampu isyarat di Batu 10, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini awal pagi semalam.

Mangsa dikenali Lester Bennet dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, ayah kepada dua orang anak dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar.

Seorang pemandu dikatakan mendapati Lester menunggang secara laju melimpasi kenderaannya sebelum kedengaran satu dentuman di arah hadapan.

Apabila beliau mendekati tempat kemalangan mendapati penunggang itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut pemandu lori terbabit, beliau memikirkan bahagian belakangnya dilanggar sebuah kereta setelah mendengar bunyi dentuman kuat.

Seorang abang mangsa kebetulan melalui jalan sama bergegas menghubungi ibunya dan isteri mangsa berikutan insiden itu.