MBKS hargai sumbangan besar kakitangan daripada kaum Dayak

0
SUDAH HABIS: Gadis berpakaian tradisional Bidayuh dan Iban menyerahkan tikar kasah kepada Chan sebagai simbolik tamatnya Gawai 2015.

SUDAH HABIS: Gadis berpakaian tradisional Bidayuh dan Iban menyerahkan tikar kasah kepada Chan sebagai simbolik tamatnya Gawai 2015.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan dilihat bersikap tidak adil kepada kakitangan serta pegawainya dalam kalangan kaum Dayak jika tidak menganjurkan sambutan Hari Gawai.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata ini kerana majoriti staf MBKS terdiri daripada kaum ber-kenaan.

Menurut beliau terdapat kira-kira 380 kaum Da-yak bekerja dengan pihak berkuasa tempatan itu, merangkumi Bidayuh, Iban serta kumpulan etnik Dayak yang lain.

“Mereka (Dayak) kumpulan besar yang membentuk tenaga kerja di sini dan sebenarnya mereka banyak bekerja kerana rata-ratanya adalah pekerja am.

“Staf Dayak kami sangat bagus dan rajin, jadi saya memberi tabik hormat untuk itu,” katanya sambil menambah, perkara itu tidak boleh dinafikan dan beliau popular disebabkan mereka.

Beliau mendedahkan per-kara itu semasa berucap pada Majlis Ngiling Tikai (penutupan Gawai) MBKS di sini yang dihadiri pegawai, ahli majlis dan ketua masyarakat.

“Jadi jika saya tidak menganjurkan majlis seumpama ini, maka adalah sangat tidak adil kepada mereka (staf Dayak) kerana mereka membentuk sebahagian besar pasukan ini,” ujarnya.

Chan menambah, signifikan sambutan majlis seperti itu ialah ia dapat mempromosikan integrasi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Ini adalah venue terbaik untuk kita berkumpul dan malangnya kita tidak dapat menjemput rakan-rakan kita yang beragama Islam hadir sama kerana majlis ini secara kebetulan diadakan semasa bulan puasa.

“Jika tidak mereka juga akan bersama kita hari ini. Inilah keunikan kita di Sarawak, kita dapat berkumpul dan bekerja sama antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama,” katanya.