Najib prihatin keadaan kesihatan Anwar

0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menzahirkan rasa prihatin beliau terhadap keadaan kesihatan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.

Najib dalam catatan Twitter beliau turut mengarahkan pihak yang berkenaan supaya memastikan Anwar menerima rawatan yang sewajarnya.

“Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” kata Najib, semalam.

Sebuah portal semalam melaporkan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata kesihatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu semakin teruk berikutan terdapat ketumbuhan sebesar 4 sentimeter pada buah pinggang beliau, selain bahu terkoyak serta masalah artritis yang kronik. — Bernama