Pemuda mengaku salah miliki dadah

0

SIBU: Seorang pemuda berusia 24 tahun dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya.

Tertuduh, Mayan Abong dari Pakan, Julau dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa memiliki dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 0.14 gram pada 26 April 2015 kira-kira jam 3.30 pagi di Jalan Maju di sini.

Bagi kesalahan itu, Mayan didakwa mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.