Rahsia lelaki melanggan pondan terbongkar gara-gara bertengkar

0

SIBU: Melanggan pondan tidak berbaloi bagi seorang lelaki berumur pertengahan tahun apabila rahsia intim mereka di dalam bilik penginapan sebuah hotel murah terbongkar.

Kejadian itu berlaku jam 4.30 pagi apabila pengadu menyedari telefon bimbit dan wang tunainya didapati lesap selepas mendapat khidmat seks seorang lelaki, 24, berwajah wanita di sebuah hotel di Jalan Wong Nai Siong di sini pagi semalam.

Sebelum itu, pondan tersebut dipercayai menawarkan khidmat seks luar tabii di dalam sebuah bilik penginapan hotel itu.

Pengadu kemudian naik angin setelah mengesyaki pondan tersebut mencuri telefon dan wangnya menyebabkan kedua-dua mereka kecoh di dalam bilik meskipun pondan itu menafikannya.

Pengadu tidak puas hati kemudian membawa pondan terbabit ke balai polis untuk membuat laporan sekitar jam 8 pagi.

Disebabkan kedua-dua tidak mahu mengalah, mereka bertikam lidah di depan polis menerima laporan sehingga apa berlaku di antara mereka terdedah.

Si pondan memberitahu beliau menerima wang kertas RM100 daripada pengadu selepas memuaskan nafsu pengadu dan kemudian mengembalikan baki wang berjumlah RM40 kepada pengadu.

Difahamkan, pondan terbabit meminta wang RM4 untuk membeli rokok namun pengadu enggan memberikannya setelah mengesyaki pondan itu mencari pasal dengannya.

Pengadu terpaksa tebal muka apabila pondan itu mendedahkan apa yang dilakukannya kepada pengadu meskipun menafikan tuduhan mencuri telefon bimbit dan wang pengadu.

Dalam laporan pengadu mengesyaki pondan tersebut mencuri telefon bimbitnya dan wang tunai RM110 semasa beliau tidur dan terjaga apabila pondan meminta wang membeli rokok.

Kes tersebut masih dalam siasatan polis.