Hentikan pencerobohan di tanah yang dipertikai

0

Penduduk rumah panjang mahu mahkamah halang syarikat perladangan terus kerja di hutan Sg Teras

Oleh Reno Benjamin //

PERTAHAN HAK: Penduduk 16 rumah panjang bercadang mohon  perintah mahkamah halang syarikat perladangan  teruskan kerja di hutan simpan Sungai Teras.

PERTAHAN HAK: Penduduk 16 rumah panjang bercadang mohon perintah mahkamah halang syarikat perladangan teruskan kerja di hutan simpan Sungai Teras.

SIBU: Penduduk di 16 rumah panjang di Bawang Assan, Sungai Tebelian dan Sungai Lengan bercadang memohon perintah mahkamah menghalang sebuah syarikat perladangan meneruskan kerja di hutan simpan Sungai Teras.

Penduduk rumah panjang seramai 394 pintu itu diwakili sembilan plaintif, memohon perintah mahkamah memandangkan kes itu sudah dibawa ke mahkamah sebelum ini.

Menurut salah seorang plaintif, Robert Jinga, satu laporan polis dibuat oleh Tuai Rumah Abell Mang di Balai Polis Sentral Sibu kelmarin berhubung perkara itu.

Hutan simpan seluas 1,081 ekar terletak di KM36, Jalan Sibu-Tanjung Manis itu menjadi perebutan antara penduduk rumah panjang terbabit dengan sebuah syarikat perladangan.

Robert memberitahu, ini merupakan laporan polis kedua yang mereka buat di mana laporan per-tama dibuat pada 19 September 2014.

“Laporan polis yang kami buat kelmarin bertujuan mendapatkan perintah mahkamah dan kemungkinan bagi memohon injunksi mahkamah.

“Semua 16 rumah panjang yang mempunyai 394 pintu dari kawasan terbabit serta diwakili sembi-lan pliantif, telah menyaman tiga pihak iaitu syarikat terbabit, Jabatan Tanah dan Survei serta Kera-jaan Negeri Sarawak.

“Pihak syarikat didapati meneruskan kerja-kerja mereka di tanah terbabit meskipun kes akan dibicarakan pada 20 Julai ini.

“Kami mahu syarikat terbabit menghentikan kerja-kerja mereka di situ dengan segera,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Selain Robert dan Abell, plaintif yang lain ialah Mang Riang, Joseph Alexander Saran Agong, Nuing Tungau, Nicholas Joslyn Panting, Badi Mayau, Densh Ansam @ Dennis Ansam dan Joe Peter Sebom.

Berdasar laporan polis dibuat, Abell mendakwa dia bersama 30 yang lain telah pergi ke hutan sim-pan terbabit pada 20 Jun dan mendapati terdapat aktiviti menanam anak pokok kelapa sawit di situ.

Tindakan syarikat itu menceroboh semula hutan simpan tersebut mendorong mereka mengambil tindakan menyaman syarikat terbabit.

Menurut Robert, penduduk rumah panjang terbabit mempunyai hak ke atas pewartaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 16 Julai 1952.

Namun katanya pada 2011, kerajaan telah memberi pajakan tanah itu kepada syarikat bagi menyelesaikan masalah melibatkan tanah itu.

“Penduduk bagaimanapun hanya dibayar RM1,000 sepintu sebagai sagu hati tetapi kami tidak berpuas hati dengan bayaran tersebut. Kami tidak menganggap bayaran itu sebagai ganti rugi,” tegas beliau.