Lebih 12,000 nyatakan sokongan kepada Najib

0

Oleh Rusnan Mustafa //

JANJI KAMI: Najib menerima skrol lafaz ikrar daripada BN Sarawak.

JANJI KAMI: Najib menerima skrol lafaz ikrar daripada BN Sarawak.

STADIUM Perpaduan, Petra Jaya di Kuching  bergemuruh dengan laungan ‘Hidup Najib’ oleh lebih 12,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang berhimpun sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Patinggi Najib Tun Razak.

Perhimpunan #SarawakforNajib yang bertujuan melahirkan tanda sokongan padu kepada pemimpin nombor satu negara itu turut dihadiri isterinya Datuk Amar Rosmah Mansor, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta barisan menteri kabinet negeri dan persekutuan.

Penyokong yang turut membawa bendera BN serta memakai pakaian parti komponen BN masing-masing memenuhi ruang di dalam stadium mahupun di pekarangan luar untuk menghadiri majlis tersebut.

Malah, ribuan bendera BN menghiasi persekitaran serta jalan-jalan menuju ke stadium bagaikan musim pilihan raya.

Selain daripada parti komponen BN, parti mesra BN atau BN Plus iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) turut serta bagi memeriahkan suasana majlis itu.

SELAMAT DATANG: Ketibaan Najib di Stadium Perpaduan, Petra Jaya disambut meriah.

SELAMAT DATANG: Ketibaan Najib di Stadium Perpaduan, Petra Jaya disambut meriah.

TERIMA MASIH: Najib beramah mesra dengan penyokong yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan, Kuching baru-baru ini.

TERIMA MASIH: Najib beramah mesra dengan penyokong yang hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan, Kuching baru-baru ini.