Pengawal cekup pencuri di tapak pembinaan

0
DITAHAN: Suspek dibawa ke Balai Polis Lawas.

DITAHAN: Suspek dibawa ke Balai Polis Lawas.

LAWAS: Kecekapan seorang pengawal keselamatan bertugas berjaya mencekup seorang lelaki ketika sedang mencuri seunit bateri Axevator Hitachi jenama Shogun di kawasan projek pembinaan Hospital Lawas malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, suspek yang berusia 21 tahun, juga penduduk tempatan dan bekerja sebagai buruh kasar ditahan kerana cuba mencuri satu unit bateri Axevator di tempat kejadian.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga pengawal keselamatan mengalami kerugian sekitar RM1,000.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahamad berkata, suspek dibawa ke balai polis Lawas untuk siasatan lanjut.

Katanya hasil soal siasat yang dijalankan anggotanya berjaya merampas beberapa peralatan bagi tujuan mencuri sekitar jam 1 pagi semalam.

Beliau memberitahu satu beg sandang jenama Bar Luis yang mengandungi pelbagai peralatan men-curi dirampas.

“Kami berjaya merampas satu unit bateri Axevator Hitachi jenama Shogun dan peralatan mencuri seperti pisau lipat, gunting, batang spanar dan peralatan lain yang disimpan di dalam beg sandang berkenaan.

“Semua barang itu dirampas untuk dijadikan sebagai barang kes,” katanya kepada media semalam.

Kata Abang Zainal lagi suspek kini ditahan dan keterangan pengadu serta saksi telah dirakam.

“Hasil soal siasat juga mendapati suspek mengakui terlibat dalam kejadian ini. Kertas siasatan lengkap sepenuhnya untuk rujukan timbalan pendakwa raya Miri esok,” jelasnya.

Jelasnya, suspek dituduh di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kom-ponen kenderaan yang boleh dikena hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.