Lawik berjaya tawan ular sawa 10 kaki

0
MENAKUTKAN: Lawik bersama anaknya memerhati bangkai ular sawa selepas dibunuhnya ketika reptilia itu menyerang ayam dalam reban.

MENAKUTKAN: Lawik bersama anaknya memerhati bangkai ular sawa selepas dibunuhnya ketika reptilia itu menyerang ayam dalam reban.

MARUDI: Seekor ular sawa panjang 10 kaki seberat 70 kilogram akhirnya berjaya ditangkap dan dibunuh seorang penduduk di Sungai Brit, dekat sini, selepas cuba menyerang ayam ternakannya dalam reban.

Lelaki terbabit ikenali sebagai Lawik Kelanang, 48, memberitahu kejadian berlaku beberapa hari lepas, ketika dia hendak memberi ternakannya makan.

“Saya terkejut apabila terdengar bunyi riuh ayam. Reban berhampiran rumah saya, saya periksa sekeliling. Saya amat terkejut melihat seekor ular sawa besar sedang makan anak ayam dan hendak menyerang beberapa ekor lagi ayam di dalam reban,” katanya.

Dalam keadaan panik bercampur takut melihat ular besar tersebut, Lawik memberitahu, tanpa sedar dan spontan dia mengambil sebatang besi lalu memukul kepala ular tersebut hingga mati.

“Ular itu telah membaham 17 ekor ayam ternakan saya,” katanya.

Lawik seorang duda dan bapa tunggal, merupakan pemanjat pokok tapang, iaitu pokok hutan bagi mendapat madu lebah asli dan khidmatnya selalu diperlukan.